:)

-

Wanita maut terkena renjatan elektrik telefon sedang dicas di Cheras

:)

Foto hiasan
KUALA LUMPUR: Seorang wanita maut dipercayai terkena renjatan elektrik, dalam kejadian di Taman Desa Baiduri, Cheras dekat sini, pagi semalam. Dalam kejadian kira-kira jam 8.45 pagi itu, mangsa, Suhana Mohamad, 30, yang juga isteri seorang anggota polis di Bukit Aman, disahkan meninggal dunia ketika menerima rawatan di Pusat Perubatan Universiti Kebangsaan Malaysia (PPUKM). Timbalan Ketua Polis Daerah Kajang, Superintendan Abdul Ghani Mohamad Ji, berkata semasa kejadian suami mangsa sedang tidur sebelum menyedari isterinya terkena renjatan elektrik ketika sedang bercakap menggunakan telefon bimbit berkenaan. "Mangsa kemudian dikejarkan ke PPUKM untuk menerima rawatan sebelum disahkan meninggal dunia. "Kematian mangsa diklasifikasikan sebagai mati mengejut (SDR)," katanya menerusi satu kenyataan, malam tadi. Beliau berkata, jenazah Suhana kemudian dibawa ke Masjid Bukit Aman untuk disembahyangkan sebelum dibawa ke kampung halamannya di Felda Perasu, Gua Musang, Kelantan untuk dikebumikan. Mangsa meninggalkan dua anak, seorang anak lelaki dan perempuan berusia lima dan dua tahun. Laporan mengenai kematian mangsa menjadi viral di laman media sosial selepas diberitakan berpunca dari terkena renjatan elektrik ketika menggunakan telefon bimbit yang sedang dicas.

Selanjutnya di : http://www.bharian.com.my/node/144586?m=1
:)

Tahi Palat Berita dikemaskini pada:

Anda mungkin meminati:

0 Response to "Wanita maut terkena renjatan elektrik telefon sedang dicas di Cheras"

Post a Comment