:)

-

Video: Aksi Tari Lucah Kanak-Kanak Viral, Bapa ‘Bangga’

:)
MENGUCAP panjang kami selepas menonton sebuah video yang memaparkan kanak-kanak berpakaian sekolah melakukan aksi tarian lucah ini!
Video yang dirakamkan di bandar Camaguey di pertengahan Cuba, 300 batu daripada ibu negaranya Havana itu telah ditonton ratusan ribu kali selepas ianya dimuatnaik ke Internet.
Melakukan gerak tarian separa provokatif yang dipopularkan penyanyi kontroversi Miley Cyrus iaitu twerking, dua pasang kanak-kanak lelaki dan perempuan ini tanpa segan silu bergoyang gerudi sesama sendiri persis orang dewasa.
Kalau di Malaysia, mungkin kumpulan kanak-kanak itu akan diajar cukup-cukup oleh ibu bapa mereka kerana berkelakuan ‘terlajak bodoh’, tetapi lain pula senarionya di republik komunis itu.
Menurut media tempatan, Jorge Luiz Perez, bapa kepada salah seorang kanak-kanak lelaki yang terlibat di dalam video itu, dia amat ‘bangga’ akan kebolehan anaknya melakukan aksi tari sebegitu lalu bertindak untuk memuatnaik rakaman kejadian itu ke Internet.
3324C2DE00000578-0-image-a-44_1460560747041
3324C2E900000578-0-image-a-45_1460560747077
Dua lagi kanak-kanak perempuan, yang tidak diketahui umur mereka, dilihat menari-nari separa lucah bersama rakan sekelas lelaki mereka, melakonkan kembali aksi yang ditonton mereka di dalam video muzik di televisyen.
Kedua-dua budak perempuan itu dilihat asyik menari twerking – membongkokkan badan sambil menggeserkan punggung mereka ke kawasan pelvis kanak-kanak lelaki tersebut.
Yang tak boleh tahan lagi, kedua-dua kanak-kanak perempuan itu sempat bergaduh lagi berebutkan pasangan selepas salah seorang budak lelaki itu terjatuh ke lantai semasa sibuk menari.
Sementara itu, video asal insiden tersebut telahpun ditarik balik daripada Facebook, namun versi-versi lain rakaman itu masih tersebar luas di serata media sosial.
Salah seorang pengguna Facebook, Ricardo Hernandez berkata: “Kita sudah kembali ke zaman gelap di mana rumah pelacuran dan pemerdagangan seks menjadi satu epidemik di Cuba–wow. Di manakah ibu bapa dan pengetua sekolah mereka dan apa nilai-nilai yang mereka pupuk di sekolah itu? Sekolah itu sangat teruk.”
Seorang lagi pengguna, Isa Monzon pula mencelah: “Mereka yang mengajar kanak-kanak berkelakuan begitu, kemudian mengadu tentang pelacuran dan rogol. Ini adalah sesuatu yang memalukan, adakah ini definisi zaman kanak-kanak era ini?”
Nancy Miranda pula berpendapat: “Jadual sifir pun tak lepas, tapi tarian lucah pandai pula. Mana ibu bapa mereka? Mana guru-guru mereka???”
Sepatutnya, ibu bapa perlu memantau apa yang ditonton kepada anak-anak. Di zaman kapitalisme seksualiti ini, perkara-perkara lucah seakan-akan menjadi perkara biasa dan disiarkan secara terbuka kepada semua termasuklah kanak-kanak. Betul lah apa orang cakap, kanak-kanak sekarang bukan seperti kanak-kanak dulu! – MYNEWSHUB.CC

:)

Tahi Palat Berita dikemaskini pada:

Anda mungkin meminati:

0 Response to "Video: Aksi Tari Lucah Kanak-Kanak Viral, Bapa ‘Bangga’"

Post a Comment