:)

-

GEMPAR!! Pendedahan BERANI MATI Seorang Guru Kes SALAHLAKU Seorang GURU BESAR Di Sekolah Di Sekitar Kuala Lumpur!!

:)

IMG-20160409-WA0057


Apa Yang Cikgu Cikgi Buat Kat Sekolah Ini Buat Ramai MELOPONG !!! Seorang cikgu telah mendedahkan penyalahgunaan kemudahan oleh kakitangan sekolah serta penganiayaan dan salahlaku yang dilakukan di sebuah sekolah rendah kebangsaan ini. Berikut adalah luahan guru tersebut.
SK Seri Anggerik
Saya adalah seorang guru di sebuah sekolah rendah di sekitar Kuala Lumpur. Saya MOHON DIVIRALKAN DI FB  salahlaku di sekolah ini & penganiayaan dan kezaliman Guru Besar  dan Jabatan Pendidikan Wilayah Persekutuan terhadap diri saya setelah saya membuat aduan kepada Biro Pengaduan Awam (BPA). BPA pula telah merujuk perkara ini ke Kementerian Pelajaran Malaysia serta Jabatan Pendidikan Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur (JPWPKL). Setelah siasatan dibuat, aduan saya terbukti BENAR tetapi saya diarahkan bertukar sedangkan tiada tindakan yang diambil ke atas Guru Besar. Saya diperlakukan seperti seorang penjenayah :
Saya terpaksa mengajar di kaki lima sekolah kerana dilarang mengajar di Pusat Sumber Sekolah dan Di pejabat sekolah.
IMG-20160409-WA0065
IMG-20160409-WA0067
IMG-20160409-WA0066
Saya dikepung oleh 3 orang guru lelaki di Bilik Guru iaitu Guru Penolong Kanan Hal Ehwal Murid (GPK HEM) , Guru Penolong Kanan Ko-Kurikulum (GPK Ko-Ko ) dan juga seorang guru biasa. GPK HEM menjerit ke arah saya dan menumbuk meja dan almari di Bilik Guru untuk melampiaskan kemarahannya ke atas saya. Saya telah membuat laporan polis berkaitan insiden ini.
Guru Besar bersama GPK Ko-Ko dan Guru Penolong Kanan Pentadbiran & Kurikulum (GPK 1) telah pergi ke hospital tempat saya mendapatkan rawatan dan memburuk-burukkan keperibadian dan reputasi saya kepada doktor pakar yang merawat saya. Guru Besar juga telah melanggar hak asasi saya dengan mendesak doktor tersebut menceritakan tentang penyakit dan rekod kesihatan saya.
IMG-20160409-WA0057
Tiga (3) orang pegawai JPWPKL (lelaki)  telah menyerbu ke Bilik Guru, berkelakuan tidak profesional dengan cara mengaibkan saya di hadapan rakan sekerja dengan tujuan untuk memberi tekanan dan menjatuhkan maruah saya. Mereka meluru masuk ke Bilik Guru dgn telefon bimbit tersedia di tangan. merakamkan insiden yang berlaku. Saya sempat mengambil gambar mereka walaupun ketika itu dalam keadaan terkejut dan menggigil. Ia berlangsung antara 15-20 minit. Kemudian pergi membuat laporan polis.

Sejak sekolah di buka awal tahun ni, saya tidak dibenarkan mengajar. Saya tidak diberi Buku Rekod Mengajar, tidak diberi Jadual Waktu Mengajar dan juga tiada Kad Perakam Waktu (Punch Card).  Saya cuma dibenarkan duduk di Bilik Guru atau di kantin sekolah setiap hari.

Gaji saya kini ditahan bermula Mac 2016 dan sehingga kini saya belum lagi menerima sebarang gaji.

Saya telah membuat aduan kepada BPA dan perkara ini telah dirujuk ke Unit Intergriti Kementerian Pelajaran Malaysia tetapi sehingga kini tiada siasatan dan tindakan.
Berikut adalah aduan saya kepada BPA, KPPM dan JPWPKL berhubung  salahlaku Guru Besar di sekolah ini, yang menyebabkan saya menjadi mangsa penganiayaan, kezaliman dan ketidakadilan dan penyalahgunaan kuasa oleh pihak-pihak yang terlibat dalam kemelut ini.
(a). Setiap pagi dan juga tidak tentu masa, beberapa orang murid dikerah menjalankan tugas yang sepatutnya dipikul oleh Pembantu Am Rendah (Office Girl). Murid-murid ini terpaksa ponteng kelas untuk mengedarkan ‘slip relief kelas’ kepada guru-guru. Mereka akan berkeliaran keliling sekolah mencari guru-guru berkaitan untuk menyerahkan slip-slip tersebut. Ia melibat lebih kurang 6 hingga 11 orang murid dalam satu-satu masa.

(b). Murid-murid juga dikerah oleh pihak sekolah untuk mengedarkan surat edaran mesyuarat atau apa saja jenis notis kepada guru-guru tidak mengira waktu. Murid-murid ini akan meninggalkan kelas dan berkeliaran menjalankan tugas Pembantu Am Rendah ini. Lantas, murid-murid sekali lagi terpaksa ponteng kelas semasa Pengajaran & Pembelajaran sedang berlangsung.

(c). Murid-murid juga dikerah berkeliaran mencari guru-guru di sekeliling sekolah untuk mendapatkan tandatangan guru bagi surat edaran untuk relief atau mesyuarat yang dikumpul selama sebulan (back dated). Ketika ini, amat ramai murid diperlukan, maka ramailah murid yang akan ponteng kelas.
IMG-20160409-WA0041
TAHUN 2016 : MURID TERPAKSA PONTENG KELAS SETIAP HARI KERANA MENJALANKAN TUGAS YANG SEPATUTNYA DILAKUKAN OLEH PEMBANTU AM RENDAH (OFFICE GIRL).
IMG-20160409-WA0049
IMG-20160409-WA0036
TAHUN 2016 : SURAT EDARAN YANG DIBAWA OLEH DUA ORANG MURID DI ATAS.
(d). Perhimpunan pagi diadakan hampir setiap hari sehingga mengambil masa PdP (Pengajaran & Pembelajaran) yang sepatutnya bermula pada 7,30 pagi. Tetapi kerana perhimpunan ini, setiap hari waktu pertama PdP akan dihabiskan di tapak perhimpunan, mencuri waktu belajar semua murid. Guru-guru yang sepatutnya masuk ke kelas untuk mengajar pada waktu pertama, mendapat masa ‘free’ setiap hari.

(e). Guru Besar tidak pernah pergi ke kelas untuk mengajar. Sebaliknya, murid-murid disuruh datang ke bilik Guru Besar dan pintu akan ditutup sebaik sahaja murid-murid masuk. Bilik Guru Besar ini kecil dan tidak sesuai untuk PdP kerana tidak mempunyai kelengkapan belajar seperti kerusi meja dan papan putih.

(f). Anak-anak guru dari kelas PRA Sekolah dilonggokkan di Bilik Guru setelah sessi belajar bagi murid PRA sekolah tamat dan sekaligus menjadikan Bilik Guru sebagai padang permainan anak-anak ini tanpa kawalan kerana ibu masing-masing berada di kelas-kelas untuk mengajar. Berlaku kecurian dan kehilangan barang serta kekecohan di Bilik Guru apabila anak-anak guru ini mengganggu guru-guru lain untuk membuat kerja ketika berada di Bilik Guru sehingga menimbulkan suasana bingit dan hingar bingar setiap hari. Di antara murid-murid ini adalah anak kepada YDP PIBG sekolah ini.
IMG-20160409-WA0075
IMG-20160409-WA0076
IMG-20160409-WA0079
(g). Perniagaan di kalangan guru semakin menjadi-jadi sehinggakan suasana di Bilik Guru bagaikan pasar malam. Guru-guru mempamerkan produk masing-masing di atas meja untuk melariskan jualan. Antaranya , jualan telekung, tudung, ikan kering/pekasam, madu & kurma, minuman kordial, produk Elken, keropok, kerepek dan sabagainya.
IMG-20160409-WA0081
IMG-20160409-WA0080
IMG-20160409-WA0082
(h). Pesta makan-makan dan masak memasak berlaku hampir setiap hari di Bilik Guru oleh guru-guru yang menjadi pengampu Guru Besar. Ketuanya adalah isteri kepada YDP PIBG sekolah ini yang juga merupakan adik  kepada Pegawai Pejabat Pelajaran Daerah.

(i). Kelas PRA sekolah yang sepatutnya dikhaskan bagi murid-murid dari  keluarga yang kurang berkemampuan telah disalahgunakan. Guru PRA sekolah diberi arahan untuk menerima anak-anak guru untuk memasuki kelas PRA Sekolah walaupun mereka tidak layak, sekaligus telah menutup peluang anak-anak dari keluarga yang susah untuk diterima masuk  di kelas tersebut Penyalahgunaan kuasa oleh Guru Besar.
IMG-20160409-WA0032
OKTOBER 2015
IMG-20160409-WA0051
OKTOBER 2015

IMG-20160409-WA0054
OKTOBER 2015
IMG-20160409-WA0055
SEPTEMBER 2015
IMG-20160409-WA0087
JULY 2015
*LAPORAN POLIS YANG OLEH GURU YANG TERSEBUT TERHADAP TIGA ORANG PEGAWAI JPN.
IMG-20160409-WA0058
IMG-20160409-WA0059
Saya mohon perkara ini diviralkan di facebook supaya ia disiasat oleh pihak Menteri Pendidikan dan menjadi pengajaran bagi semua Guru Besar dan Pengetua sekolah yang banyak menyalahgunakan kuasa. Ramai guru-guru lagi yang teraniaya dan dizalimi seperti saya tetapi tidak berani tampil ke depan untuk menuntut keadilan.-Guru Teraniaya.
:)

Tahi Palat Berita dikemaskini pada:

Anda mungkin meminati:

0 Response to "GEMPAR!! Pendedahan BERANI MATI Seorang Guru Kes SALAHLAKU Seorang GURU BESAR Di Sekolah Di Sekitar Kuala Lumpur!!"

Post a Comment