GEMPAR!!! Masyahallah.,.. dunia akhir zaman...
[VIDEO] kejadian pagi tadi jm 9.43 di sebuah perumahan flat di sini...gadis di PERKOSA sebelum di BUNUH dengan KEJAM!!
Tajuk bukan main gempak ye.. mujurlah gadis ini tidak dorogol.. sebenarnya kisah sebenar sila baca di bawah...
SEBUAH video yang menunjukkan seorang wanita meraung kesakitan selepas ditikam sebanyak tiga kali oleh seorang lelaki do wilayah Dongguan, China, mencetuskan kontroversi luar biasa di Internet.
Apa yang menyedihkan ialah saksi kejadian tragis itu lebih mementing diri sendiri dengan merakam bibit-bibit insiden daripada melaporkan kes tersebut kepada pihak polis atau membantu.
Apabila ambulans tiba di lokasi kejadian, semuanya telah terlambat kerana mangsa telahpun meninggal dunia.
Seorang lagi saksi mengatakan bahawa dia ‘terperasan’ pembunuh wanita itu melarikan diri, terus menelefon pihak polis, sekaligus berjaya melakukan tangkapan terhadap suspek.
Suspek dikatakan teman lelaki mangsa dan motif pembunuhan itu dipercayai bersifat cemburu akibat curang.
Rakaman kejadian telah mencetuskan kemarahan dalam masyarakat di China dan tindakan perakam video itu turut dikecam hebat oleh netizen.
Salah seorang penduduk kawasan berdekatan lokasi kejadian itu berkata pada pihak media: “Jika saksi lebih proaktif dan minta bantuan segera, wanita tersebut tidak akan mati sia-sia sahaja.”
Ini bukanlah kes pertama melibatkan ‘pemerhati’ yang hanya bertindak pentingkan diri sendiri apabila menyaksikan insiden serangan merbahaya atau kemalangan tragis, lapor AsiaOne.
Senario yang digelar bystander problem atau masalah pemerhati ini menjadi satu epidemik yang sedang menular dalam kalangan rakyat negara China.
Minggu lalu, seorang wanita telah dipukul tanpa belas kasihan oleh seorang lelaki di sebuah hotel di Beijing namun tiada seorang pun saksi kejadian tampil untuk bantu menyelamatkan wanita tersebut. Kejadian itu dirakam oleh kamera lintas tertutup (CCTV) hotel berkenaan.
Dalam insiden lain, sebuah rakaman CCTV menujukkan seorang lelaki yang sedang cedera parah selepas terlibat dalam kemalangan rebah di tepi jalanraya, hanya diperhatikan oleh orang ramai yang lalu-lalang di kawasan itu. Dia kemudiannya meninggal dunia tidak lama selepas itu.
Seterusnya pada tahun 2012, sebuah video yang dimuatnaik ke dalam YouTube menunjukkan seorang wanita maut selepas ditikam oleh seorang lelaki. Kejadian itu berlaku semasa tengah-tengah hari rembang, dan seorang saksi turut dirakamkan melarikan diri daripada tapat insiden!
Akhir sekali, pada tahun 2011, satu video menunjukkan seorang kanak-kanak berusia 2 tahun dilanggar oleh sebuah kereta dan hanya diperhatikan oleh orang ramai. Kanak-kanak malang itu meninggal dunia selepas kesakitannya tidak dipedulikan. – MYNEWSHUB.CC
Tahi Palat Berita dikemaskini pada: 01:20
0 Response to "Wanita Mati Kerana Saksi Bunuh Leka Rakam Kejadian"
Post a Comment