Selepas Ceramah Dr Zakir Naik Di Melaka Digagalkan, Inilah Tindakkan PANTAS Mufti Perlis Yang Bakal Buat Ramai Orang SETUJU !!!Kehadiran penceramah agama dari India, Dr Zakir Naik, ke negara ini bagi menyampaikan ceramah di beberapa lokasi yang dijadualkan.
Kehadiran Dr Zakir Naik ini ditentang oleh beberapa individu mahupun NGO kerana didakwa Dr Zakir Naik ini akan menimbulkan kekacauan dalam agama di Malaysia. Sehubungan dengan dakwaan ini, Ketua Polis Negara telah mengeluarkan kenyataan bahawa satu forum yang bakal diadakan di UTeM pada 17 April Ini dibatalkan di atas sebab-sebab faktor keselamatan.
Dalam majlis yang sepatutnya diadakan pada 17 April berkenaan, Dr Zakir merancang untuk menyampaikan topik ‘Similarities Between Hinduism and Islam’ (Persamaan Antara Hindu and Islam) . Disebabkan pembatalan program ini, menimbulkan kekecewaan terhadap orang ramai yang ternanti-nanti ucapan Dr Zakir Naik.
Disebabkan Program yang bakal berlangsung di UTeM dibatalkan, Mufti Perlis sudah berbincang dengan pihak Istana Perlis DYTM Raja Muda Perlis untuk menjemput pendakwah Antarabangsa Dr Zakir Naik itu ke negeri perlis.
Pihak Mufti Perlis sudah berbincang dengan pihak penganjur tentang perkara ini dan menanti perkembangan seterusnya dari pihak penganjur.
Tahi Palat Berita dikemaskini pada: 05:27
0 Response to "Selepas Ceramah Dr Zakir Naik Di Melaka Digagalkan, Inilah Tindakkan PANTAS Mufti Perlis Yang Bakal Buat Ramai Orang SETUJU !!!"
Post a Comment