Gambar Hiasan |
Lapor Tribune Pakistan, mangsa mati dicekik oleh lelaki itu kerana sudah tidak dara lagi.
Khanzadi, anak perempuan Lal Mohammad Lashari, berkahwin dengan sepupunya, Qalandar Bux Khokhar pada malam sebelum badannya ditemui tidak bermaya di bilik tidur.
Suspek, suami mangsa, telah melarikan diri, meninggalkan mangsa.
Ibu mangsa berkata, mereka gagal menghubungi anak mereka pada waktu pagi selepas hari perkahwinan mereka.
Dengan bantuan adik mangsa, Ali Sher Lashari, polis masuk ke dalam rumah mereka dan mendapati mangsa dalam keadaan tidak bermaya di katil. Manakala, suaminya telah menghilangkan diri.
Ali Sher mendakwa, kakaknya telah dicekik sehingga mati oleh Qalandar dan empat beradiknya.
Ibu mangsa memberitahu Qalandar Bux dan Khanzadi adalah sepupu dan perkahwinan itu juga adalah persetujuan mereka.
Menurut sumber-sumber di kawasan itu berkata, Qalandar membunuh isterinya sendiri kerana mangsa sudah tidak dara lagi.
Manakala yang lain pula mendakwa, berlaku pertengkaran di antara mereka kerana majlis perkahwinan tertangguh disebabkan adat-adat tertentu.
Tahi Palat Berita dikemaskini pada: 19:40
0 Response to "Kisah Benar, Gadis Berusia 17 Tahun Ini TERIMA BALASAN MENGERIKAN Oleh Suaminya Kerana Sudah "TIADA DARA" Di Malam Pertama!"
Post a Comment