:)

-

GEMPAR!! Rupanya Inilah Punca Sebenar Wanita Ini Sanggup Tinggalkan Anaknya Hingga Dimakan Ulat

:)

JOHOR BAHRU - Seorang lelaki yang menghidap HIV ditinggalkan hidup bersendirian di sebuah rumah oleh ahli keluarganya, viral di laman sosial semalam. 

Lelaki yang lumpuh seluruh badan ini ketika ditemui, tangan dan hidungnya sudah berulat. Malah hidungnya sudah tiada, sudah habis dimamah ulat. 

Difahamkan, mangsa telah ditinggalkan oleh keluarganya selama setahun setengah dan hanya terus bergantung hidup dengan bantuan dari jiran-jiran yang prihatin. Namun, keadaan lelaki itu semakin teruk menyebabkan jiran-jirannya tidak berani membantunya lagi kerana bimbang penyakit yang dihidapnya akan berjangkit pada mereka. 

Justeru, penduduk-penduduk Blok 14, Taman Desa Mutiara memohon pihak Jabatan Kesihatan Negeri Johor, turun memberikan bantuan kepada lelaki ini. 

"Pihak jiran sudah cuba mengesan warisnya, tetapi gagal. Kini dia tinggal seorang diri dan tidak berupaya menguruskan dirinya. Jiran-jiran nak beri makanan pun sudah takut sekarang. Mereka juga khuatir jika penyakitnya berjangkit dengan mereka yang lain. Keselesaan penduduk juga amat terganggu dengan bau busuk najis dan bunyi jeritan dari lelaki ini," kata sumber. 

Menurut penduduk blok tersebut, mereka tiada niat mahu mengaibkan pesakit itu tetapi mahu menuntut pihak berwajib memberikan pembelaan yang wajar kepadannya. 
Menurut jirannya, Zuraidah Arbain, lelaki itu sebelum ini adalah penagih dadah tegar sehinggalah disahkan menghidap HIV positif. 

"Dia bujang, ada mak dan adik perempuan sahaja. Bapanya telah lama meninggal dunia. Dia penghidap HIV atau Aids. Dia juga penagih dadah tegar. Dulu dia tinggal bersama mak dia. Tetapi mak dia merajuk sebab selalu dicaci maki oleh anak sendiri. Adik perempuan dia sudah berkahwin. 

"Jangan cakap kami jiran tak peduli. Dia sudah terlantar lebih setahun setengah. Jiran-jiran yang banyak menolong. Sudah banyak kali menghubungi ambulans, tetapi mereka hanya datang sekejap sahaja. Hospital kata, dah tak boleh buat apa sebab dah capai tahap teruk. Hanya doa dan pengampunan dari ibunya sendiri yang diperlukan. Semoga Allah mengampuni segala dosa dia," katanya.
:)

Tahi Palat Berita dikemaskini pada:

Anda mungkin meminati:

0 Response to "GEMPAR!! Rupanya Inilah Punca Sebenar Wanita Ini Sanggup Tinggalkan Anaknya Hingga Dimakan Ulat"

Post a Comment