:)

-

FOTO: Wanita Mengandung 6 Bulan Ditemui Mati Tergantung Di Kuah, Kedah!

:)
mengadung
Wanita Mengandung 6 Bulan Ditemui Mati Tergantung|Seorang wanita berusia 36 tahun yang dikatakan Mengandung enam bulan, ditemui mati dalam keadaan tergantung dalam bilik tidur di rumahnya di Kampung Padang Lunas, dekat Kuah, di sini, hari ini.
Dalam kejadian jam 12 tengah hari itu, mayat mangsa ditemui tergantung pada alang kayu di bilik tidur tingkat atas rumah berkenaan.
Ketua Polis Daerah Langkawi, Superintendan Dr Che Ghazali Che Awang, ketika ditemui mengesahkan kejadian itu dan maklumat diterima mengatakan wanita yang juga suri rumah itu sedang mengandung enam bulan.
“Hasil maklumat, mangsa dipercayai mempunyai masalah peribadi dan siasatan awal juga mendapati suami mangsa dikatakan sudah lama menghilangkan diri dan tidak pulang ke rumah.
“Terdahulu, polis menerima panggilan daripada orang awam mengenai penemuan mayat tergantung itu sebelum menghantar sepasukan anggota untuk menyiasat di lokasi.
“Sebaik sampai, mangsa didapati sudah meninggal dunia dan kes diklasifikasikan sebagai mati mengejut. Mayat mangsa dihantar ke Hospital Langkawi bagi tindakan selanjutnya,” katanya.
:)

Tahi Palat Berita dikemaskini pada:

Anda mungkin meminati:

0 Response to "FOTO: Wanita Mengandung 6 Bulan Ditemui Mati Tergantung Di Kuah, Kedah!"

Post a Comment