:)

-

Bayi Maut Dibuang Ibu Dalam Semak Dipercayai Akibat Masalah Rumah Tangga

:)
EWWQ
Bayi Maut Dibuang Ibu Dalam Semak Dipercayai Akibat Masalah Rumah Tangga|Kota Bharu: Polis menahan seorang wanita dipercayai ibu kandung bayi malang yang ditemui mati dalam semak di tepi pagar Klinik Kesihatan Pengkalan Chepa, di sini, semalam.
Wanita berusia 26 tahun itu ditahan pada 11.30 malam tadi ketika menerima rawatan di Hospital Raja Perempuan Zainab II (HRPZ II), di sini.
Ketua Polis Daerah Kota Bharu, Asisten Komisioner Baharom Abu berkata, suspek akan disiasat mengikut Seksyen 318 Kanun Keseksaan kerana menyembunyikan kelahiran dan menyebabkan kematian.
“Siasatan awal mendapati dia sudah berkahwin selama enam tahun dan mempunyai dua anak perempuan berusia lima tahun dan setahun empat bulan.
KOLIO
“Suspek mendakwa turut menghadapi masalah dengan suami sejak tiga bulan lalu,” katanya di sini, hari ini.
Menurutnya, wanita itu melahirkan bayi kira-kira 2 petang, Selasa dalam tandas kedai tempat abangnya bekerja di Taman Bendahara, Pengkalan Chepa, di sini, dan meninggalkan bayi itu dalam semak tepi pagar klinik berkenaan.
Katanya, suspek kemudian memaklumkan abangnya, dia mengalami pendarahan dan dibawa ke unit kecemasan klinik kesihatan terbabit sebelum dirujuk ke HRPZ II.
:)

Tahi Palat Berita dikemaskini pada:

Anda mungkin meminati:

0 Response to "Bayi Maut Dibuang Ibu Dalam Semak Dipercayai Akibat Masalah Rumah Tangga"

Post a Comment