:)

-

Admin Amran Fans Akhirnya DEDAHKAN IDENTITI SEBENAR Ketika Pelancaran Buku PICC Semalam?

:)
Finalis APO2016: "Mira Filzah Cun", Kata Amran Fans


PETALING JAYA: Sesi pelancaran buku "The Amran Fans" di Putrajaya gamat apabila personaliti media sosial yang identitinya masih menjadi rahsia itu telah diajukan soalan cepumas oleh peminatnya mengenai ‘kegilaannya’ terhadap pelakon Mira Filzah.
Mengapa dia meminati Mira Filzah adalah antara soalan ditanya semasa sesi pelancaran buku terbitan DuBook Press sempena Pesta Buku Antarabangsa Putrajaya 2016 (Bookerville Carnival) yang berlangsung di Pusat Konvensyen Antarabangsa Putrajaya (PICC) dari 29 Mac sehingga 3 April lalu.

Ketua Pegawai Eksekutif DuBook Press, Mutalib Uthman berkata, soalan berkenaan diajukan semasa sesi perbualan antara Amran Fans dan peminatnya menerusi telefon dan didengar tetamu yang hadir apabila pembesar suara telefon dibuka.
“Amran tak dapat hadir ke majlis pelancaran kerana tak sihat. Jadi, kami beri peluang kepada peminatnya untuk berbual dengan Amran menerusi panggilan telefon yang dibuat secara langsung.
“Kita juga buka sesi soal jawab. Salah satu soalan yang ditanya mereka ialah mengapa Amran begitu minat dengan Mira Filzah. Amran jawab dia minat sebab Mira Filzah cun,” katanya kepada mStar Online.

'Posting' di Facebook Amran Fans membabitkan Mira Filzah.
Kedua-dua Amran Fans dan Mira Filzah merupakan finalis bagi Anugerah Pilihan Online 2016 (APO2016).
Amran yang juga dikenali sebagai Meran di laman sosial sering memuat naik ‘gambarnya’ yang menggunakan teknik ‘superimpose’ bersama Mira Filzah.
Antaranya ialah pada 4 Februari lalu dengan keterangan gambar “Orang tua-tua cakap, kalau muka ada iras tandanya jodoh kita. Cuba korang tengok dekat bibir kami, sama kan? Itu pun tandanya jodoh juga.”
Amran juga menjadikan insiden pergaduhan keluarga pengantin kerana hantaran RM15,000 yang mencetuskan kontroversi baru-baru ini dengan memuat naik gambar bersama Mira Filzah berserta keterangan “Apa yang lebih berharga dari wang hantaran RM15 ribu? Cukuplah Allah menghantar Amran sebagai pembimbing untuk awak. Itulah sebenar-benarnya ‘hantaran’ yang tidak ternilai oleh mata manusia”
Para peminat Amran pada Ahad lalu bukan sahaja berpeluang mendengar suara Amran secara langsung, berinteraksi dan mengemukakan soalan malah turut diberikan topeng ‘Amran’ secara percuma.

Sebahagian pengunjung Pameran Buku Antarabangsa Putrajaya dan peminat Amran Fans memakai topeng 'Amran' di PICC pada Ahad lalu.
Menurut Mutalib, sebanyak 1,000 topeng ‘Amran’ diberikan kepada pengunjung secara percuma terutama mereka yang membeli buku ‘The Amran Fans’.
Katanya, buku ‘The Amran Fans’ merupakan buku kedua yang menghimpunkan karya Amran selepas buku ‘Amran Fans’ yang diterbitkan tahun lalu.
“Kita mula menjual buku ‘The Amran Fans’ pada pameran di PICC dan lebih 800 naskah terjual sepanjang ia berlangsung,” ujar Mutalib.

Buku 'The Amran Fans' disasarkan jualan lebih 30,000 naskah menjelang akhir tahun ini.
Beliau berkata, sambutan terhadap buku pertama ‘Amran Fans’ amat memberangsangkan apabila mencatatkan jualan lebih 55,000 naskah setakat ini.
“Berdasarkan kejayaan buku yang pertama, kita sasarkan buku kedua ini akan terjual lebih 35,000 naskah menjelang akhir tahun ini,” katanya.
Mutalib mengakui ramai pengikut Amran sentiasa menantikan kemunculan personaliti media sosial itu kerana identitinya terus menjadi tanda tanya.
“Ramai yang tanya adakah Amran akan muncul, siapa Amran, bagaimana wajah sebenarnya dan macam-macam lagi mengenai Amran.
“Apa yang saya boleh katakan, Amran ini biasa-biasa sahaja orangnya. Dia bukan ‘somebody’, bukan artis pun,” katanya mengenai Amran yang mempunyai hampir sejuta pengikut di Facebook.

Topeng 'Amran'.
Mengenai APO2016, Amran merupakan Top 5 bagi kategori Selebriti Media Sosial Pilihan Online, manakala Mira Filzah disenaraikan calon akhir bagi dua kategori, Aktres Terbaik Pilihan Online dan Wanita Anggun Pilihan Dnars.
Proses pengundian fasa kedua bermula 1 April hingga 27 April ini dan sepanjang tempoh itu undian boleh dibuat setiap hari (sekali sehari) menerusi akaun Facebook, Instagram dan Google di laman web khas APO2016 iaitu http://apo.mstar.com.my/undi.aspx
Debaran APO2016 mulai dirasai selepas peringkat pertama berakhir pada 31 Mac dan pengumuman senarai pencalonan lima terbaik itu diadakan di Menara Star di 31 Mac lalu.
Acara ini dianjurkan oleh mStar Online bersama Suria FM serta dihebatkan oleh Dnars sebagai penaja rasmi.
Malam kemuncak APO2016 bakal diadakan pada 30 April 2016 (Sabtu) yang dipancarkan secara langsung menerusi TV2 dari Auditorium Perdana, Angkasapuri Kuala Lumpur, pukul 9 malam - mStar Online
GEMPAR!! Akhirnya Kantoi Sudah Siapakah Amran Fans.Bukti Jelas Sudah Ada Wahai Fadzil Zahari.

Pada 26 April yang lalu Amran Fans telah mengadakan perasmian sebuah buku berjudul ‘Amran Fans’ di PWTC. Apa yang peliknya Fadzil Zahari dan Yana Samsudin turut hadir pada majlis perasmian tersebut. Dek kerana itu juga ramai peminat Amran Fans hadir untuk bertemu Amran Fans yang sebenar tetapi sehingga kini siapakan Amran Fans yang sebenar masih belum didedahkan.
Fadzil Zahari
Fadzil Zahari Hadir Ke Perasmian Buku Amran Fans
Tetapi……… saspek yang disyaki ‘Amran Fans’ ialah Fadzil Zahari sendiri kerana hadir di majlis pelancaran buku ‘Amran Fans’ sedangkan pelbagai krisis yang menimpa antara isterinya dan pemilik Amran Fans. Nak tahu contohnya apa boleh lihat artikel ini ‘Amran Fans Tulis Surat Jemputan Kepada Yana Samsudin‘. Lagipun rata-rata peminat Amran Fans telah meneka Fadzil Zahari ialah Amran Fans tersebut. Opss!
fadzil
Logik ke si Fadzil Zahari itu Amran Fans?
Agak-agak logik tak suami pelakon Yana Samsudin yang dikatakan sebagai Amran Fans? Penulis rasa ada logiknya apabila melihat post dari Amran Fans dan Fadzil Zahari yang hampir sama. Maknanya rajin bebenor Fadzil Zahari melayan Amran Fans punya post. Paling penting komen yang paling pertama pula tu. Ehem!
amran fans2
Agaknya apa yang korang rasa? Memang betul-betul misteri pemilik ‘Amran Fans’ ni. Ramai yang dah tidak sabar ingin ketahui hal sebenar. Amran Fans yang boleh dikatakan agak bernas pemikiran, kelakar, dan bla bla. Haishh siapakah ‘Amran Fans’yang sebenar?
:)

Tahi Palat Berita dikemaskini pada:

Anda mungkin meminati:

0 Response to "Admin Amran Fans Akhirnya DEDAHKAN IDENTITI SEBENAR Ketika Pelancaran Buku PICC Semalam?"

Post a Comment