:)

-

SERAM! Kisah Benar Pengalaman Misteri Seorang Pemuda Di Jalan Karak Lama !!!


Kisah Misteri ini dikongsikan daripada takmungkinbenar.com. Ianya berkisahkan kejadian misteri seorang pemuda yang melalui kawasan Karak mengikuti jalan lama pada waktu malam. Nama dalam kisah ini bukan nama sebenar. Baca kisah misteri dibawah....


Kisah ini berlalu sebulan sebelum bulan puasa tahun 2009. Rakan seuniversiti saya ketika itu yang bernama Azroy pulang ke kampung sebab cuti semester UIAM baru bermula. Dia menaiki motosikal melintasi jalan lama karak untuk ke Temerloh. Waktu tu pukul 8 malam, bila lalu hampir keluar dari daerah karak tu motor die tetibe je abis minyak padahal memang dia dah isi penuh minyak di Shell Gombak tadi...

Maka terpaksa la si Azroy ni menolak motor dia melalui jalan yang sunyi ni kiri kanan semuanya hutan jauh lagi baru jumpa rumah orang berdekatan. Dalam hati memang lah takut, macam-macam surah dibacanya. Dalam masa kurang dari 5 minit muncul seorang lelaki tua dari tepi jalan tu. Dia menggelarkan diri sebgaia pakcik Samad. Memang terkejut Azroy namun nak tak nak kena berani kan diri jugak menceritakan apa yang berlaku kepada orang tua tu. Manalah tahu orang tua tu boleh bantu dia untuk dapatkan petrol...

Kemudian orang tua tu ajak Azroy turun ke rumahnya yang tak jauh dari tempat tu. Hanya bersebelahan jalan raya dan menuruni sedikit ke bawah dari tepi jalan. Azroy memang dah sangka yang orang tua tu memang boleh tolong dia so rasa takut tu dah hilang sikit. Rase pelik jugak Azroy sebab dah biasa lalu kat situ tapi tak de pula die perasan ada rumah dekat situ. Mungkin hari malam memang dia tak perasan lagipun kawasan tu memang agak tebal hutannya dan jauh dari rumah orang kebanyakan...

Dia nampak orang tua tu mengambil sebekas besen dan menuangkan ke dalam tangki minyak motor Azroy dan orang tua tu kata selagi meter minyak belum turun, jangan buka tangki minyak tu. Azroy pelik tapi dia angguk-angguk aje la. Kemudian orang tua tu ajak die minum kopi dan makan ubi rebus. Sebelum balik dan ucap terima ksih kepada orang tua tu, dia diberi beberapa ubi kayu oleh orang tua tu dan terus meneruskan perjalanan balik ke kampong dia kat Temerloh...

Lepas je beberapa hari berjalan naik motor tu, memang Azroy rase pelik bila tengok tangki minyak dia memang tak pernah turun-turun walaupun dah pusing jalan naik motor berpuluh kilometer. Sedikit pun meter tak berganjak. Rasa pelik memang menusuk sanubari dia. Cewah ayat jiwang pulak. Tapi ni memang cite betul la. Lepas tu Azroy nak pergi lagi sekali ke rumah orang tua tu sebab nak bagi buah tangan dan ucap terima kasih pada orang tua tu. Sampai ke tempat die habis minyak aritu, dia cuba cari tempat die jumpa orang tua tu dan rumahnya...

Azroy memang pasti rumahnya ada dekta sekitar tu tapi yang ada cuma semak samun. Tak lama lepas tu lalu la penoreh getah tegur Azroy dan dia tanya mana rumah orang tua yang bernama Samad tu. Penoreh getah tu rase pelik dan cakap pakcik Samad tu dah lama meninggal dunia rumahnya pun dah lama diruntuhkan sebab anak-anaknya dan isterinya dah pindah ke Melaka. Lepas tu Azroy pun terus pergi dari situ sebab dia rasa tak sedap hati. Takkanlah pakcik Samad yang dia jumpa dulu tu hantu sebab memang masa dia jumpa tu de apa-apa yang pelik berlaku siap minum2 kopi dan makan ubi rebus dengan pakcik Samad tu. Dan ubi yang pakcik tu bagi mak Azroy boleh buat pengat ubi lagi...

Kemudian die teringat tentang tangki minyak yang pakcik Samad isi yang masih belum luak lagi. Terus je Azroy buka dan terkejut die sebaik aje dibuka tangki tu kering kontang kering berasap seolah dah lama tak diisi petrol. Agaknya selagi Azroy tak buka tangki tu memang ia akan sentiasa berisi...

Agaknya siapakah pakcik Samad yang kawan saya ni temui??  Persoalan ni akan berlegar kat otak semua orang yang mendengar cerita ni...

Tahi Palat Berita dikemaskini pada:

Anda mungkin meminati:

Makna Disebalik Warna Air Kencing Anda Samada Sihat Atau Berpenyakit !!!


Warna air kencing seringkali digunakan sebagai satu alat untuk diagnos pesakit...Semua manusia normal akan kencing kan ?Warna ,bau ,dan ketumpatan air kencing kita boleh memberi pelbagai tanda...

Disini disertakan warna air kencing dan apa tandanya kepada seseorang !!!


Tidak Berwarna atau Lutsinar - Anda meminum terlalu banyak air...

Warna Pucat Jerami - Anda sihat ,kandungan air dalam badan mencukupi...

Kuning Lutsinar - Anda Normal...

Kuning Gelap - Normal ,tetapi anda perlu minum lebih lagi selepas ini...

Kuning Madu - Anda kekurangan air ,minum air sekarang...

Berwarna Perang - Anda mungkin mengalami masalah hati (liver)

Berwarna merah jambu kemerahan - Adakah anda makan bit ,blueberi ,atau klembak ?Jika ya ,ia normal...Jika tidak ,anda mungkin mempunyai jangkitan pada pundi kencing ,buah pinggang atau hati...Segera berjumpa doktor...

Biru Atau Hijau - Ini sangat jarang ,mungkin juga anda termakan makanan yang ada pewarna .Ini tidak berbahaya ,walaubagaimanapun ,jumpa doktor sekiranya ianya berterusan...

Warna Ungu - Gurau je ,mana ada air kencing warna ungu heee

Berbuih ataupun kabut - Ini mungkin disebabkan protein berlebihan pada diet anda...Mungkin juga disebabkan masalah pada kidney anda...Segera berjumpa doktor !!!!

Tahi Palat Berita dikemaskini pada:

Anda mungkin meminati:

Kisah Benar Pelajar Mendapat Bantuan ALLAH S.W.T Ketika Beliau Sedang Mengambil Peperiksaan..


Cerita ini merupakan sebuah kisah yang benar-benar berlaku di dewan peperiksaan di salah sebuah sekolah. Ia diceritakan sendiri oleh salah seorang guru wanita yang berada dalam dewan peperiksaan tersebut. Begini ceritanya::

Terdapat salah seorang pelajar masuk ke dewan peperiksaan dalam keadaan keletihan dan tertekan. Dia duduk di tempat yang telah dikhaskan untuknya...

Kemudian dia menerima kertas ujian dan setelah berlalu masa ujian beberapa ketika guru
tersebut mendapatinya tidak menulis apa-apa pun pada kertas jawapannya sehingga berlalu separuh masa peperiksaan. Maka guru tersebut mula memberi perhatian yang lebih kepadanya...

Tiba-tiba pelajar tersebut mula menulis dan menjawab semua soalan dengan pantas dan ini mengejutkan guru yang memerhatikannya sejak tadi. Pelajar tersebut menjawab semua soalan peperiksaan dengan baik. Ini menambahkan lagi rasa ragu-ragu pada guru tersebut dan dia beranggapan pelajar tersebut telah menggunakan taktik baru dalam meniru. Tetapi guru tersebut tidak menjumpai apa-apa tanda yang pelajar itu telah meniru dalam peperiksaan....

Setelah pelajar itu menyerahkan kertas jawapannya, guru telah bertanya kepadanya apa yang berlaku sebenarnya....

Dan jawapannya amat mengejutkan dan menyentuh perasaan. Tahukah anda apakah jawapan pelajar itu???

Pelajar tersebut menceritakan : “semalam saya berjaga sepanjang malam sehingga subuh. Saya dalam keadaan tidak sihat dan menjaga ibu saya yang sakit tanpa sempat untuk mengulangkaji untuk ujian keesokannya. Maka sepanjang malam saya menjaga ibu dan saya datang menghadiri peperiksaan dengan harapan aku dapat melakukan sesuatu dalam peperiksaan nanti....

Saya melihat soalan-soalan namun tidak dapat menjawabnya. Saya hanya berdoa kepada Allah dengan amalan terbaik yang saya lakukan iaitu berbakti kepada ibuku semata-mata kerana Allah...

Tidak lama selepas itu, Allah memakbulkan doa saya dan seolah-olah saya nampak buku di depan. Saya mula menulis dengan pantas. Itulah yang saya dapat dan amat bersyukur kepada Allah kerana menerima permohonan saya...

Kisah yang menakjubkan ini menjelaskan bahawa betapa besarnya ganjaran berbuat baik kepada ibu bapa dan merupakan amalan yang paling Allah sukai. Maka Allah membalasnya dengan memberi kebaikan kepadanya kerana berbakti kepada orang tua....

Tahi Palat Berita dikemaskini pada:

Anda mungkin meminati:

Vape Meletup, Bibir Kena 6 Jahitan

va3
Seorang pengguna vape di sini terpaksa menerima enam jahitan di bibir selepas alat itu meletup ketika hendak disedut, Khamis lalu. Berikutan kejadian itu, peniaga, Salleh Awang Hat, 33, serik untuk terus menggunakan vape.

va2
"Saya dan saudara terdekat sudah tidak lagi menghisap vape selepas kejadian vape meletup hingga terpaksa menerima enam jahitan, " kata Salleh atau lebih dikenali sebagai Lan ketika ditemui di sini, petang tadi memetik Berita Harian.

Insiden letupan vape membabitkan Lan itu viral di laman sosial malah mengundang pelbagai kritikan. Sehubungan itu, Lan minta supaya orang ramai tidak membuat andaian sendiri mengenai kejadian yang menimpanya dan menasihatkan pengguna vape supaya lebih berhati-hati meneliti komponen vape sebelum menggunakannya.

Lan berkata, dalam kejadian itu kira-kira jam 9 malam Khamis lalu, dia menghidupkan vape untuk disedut, tetapi ia meletup sebelum sampai ke bibir. "Vape itu meletup dan hujung vape (bahagian penyedut) itu tercabut ibarat peluru ditembak tetapi mujur tidak kena pada muka.

Hanya belerang yang meletup dan terbakar di muka dan bibir saya. "Nasib saya baik kerana belum sempat menyedutnya kalau tak ibarat meletak pistol ke dalam mulut. Saya juga bersyukur kerana tidak buta," katanya.

Katanya, insiden itu terjadi selepas sehari menimang cahaya mata pertama dan bersyukur kerana vape itu meletup sebelum dia menyedutnya. Lan berkata, dia tidak membuat sebarang ubahsuai pada vape dan alat itu bukan dibeli dengan harga murah yang menyebabkannya meletup.

"Saya sudah lama memakai vape itu memang tiada masalah sebelum ini. Saya sendiri tidak tahu apa punca sebenar ia meletup tapi saya difahamkan ia mungkin berpunca daripada bateri "Saya harap komen di laman sosial tidak membuat andaian sendiri dan mengaibkan saya kerana ia memaparkan gambar saya yang turut dikenali oleh saudara dan rakan Saya harap orang ramai faham dengan situasi saya," katanya. Sementara itu, Ketua Polis Daerah Kampar, Superintendan Ng Kong Soon, ketika dihubungi berkata pihaknya tidak menerima sebarang laporan membabitkan kejadian itu - Bharian

Tahi Palat Berita dikemaskini pada:

Anda mungkin meminati: